LINE Memperkenalkan “egg”, Aplikasi Selfie Transformasi Segera

757

egg_Android_083.1LINE Corporation mengumumkan pelancaran “egg”, sebuah aplikasi selfie percuma untuk peranti iOS dan Android yang membolehkan pengguna menghias gambar serta video mereka.

Aplikasi ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk menghasilkan karya kreatif dengan menyediakan fungsi seperti Mask 3D yang berupaya mengubah wajah seseorang itu menjadi karakter yang luar biasa seakan-akan solekan prostetik, dan penapis beranimasi yang diaktifkan oleh subjek dengan mengenyit mata atau melakukan aksi lain yang mana ia dapat dikesan dengan tepat oleh aplikasi ini.

Antaramuka Android
Antaramuka Android

Terdapat lebih 50 mask yang disediakan untuk anda, termasuklah karakter terbaru LINE iaitu Choco. Selain itu anda juga boleh mencipta mask anda sendiri dengan menggunakan imej di dalam galeri gambar anda. Egg juga menyediakan fungsi asas selfie dan menyokong muat naik gambar anda ke laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.

Antaramuka iOS
Antaramuka iOS