Celcom Memulakan Usaha Pemodenan Rangkaian Di Lembah Klang

486
**********

Picture 2Celcom hari ini secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan proses pemodenan rangkaian di Lembah Klang bermula 9 Jun yang lepas. Ia bakal menambah baik rangkaian 4G mereka dalam usaha menampung lebih banyak pelanggan dan menawarkan kualiti rangkaian yang lebih baik.

Proses pemodenan rangkaian ini akan mengambil masa sekitar 4 bulan, dan akan dilakukan sekitar Lembah Klang bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari. Ini adalah sebahagian daripada proses untuk bersedia kepada rangkaian 4.5G, selain turut menyediakan asas untuk sokongan rangkaian 5G kelak. Celcom sebelum ini telah mengatakan mereka menyasarkan untuk liputan LTE seluas 95% di kawasan berpenduduk menjelang tahun 2020 kelak.

Melalui laman rasminya, Celcom memberitahu pelanggan mungkin mengalami gangguan rangkaian di antara pukul 10 pagi hingga 5 petang di kawasan yang terlibat. Mungkin ada di kalangan pelanggan tidak akan mendapatkan liputan langsung. Namun begitu, Celcom telah mengambil langkah untuk mengatasinya dengan menyediakan pemancar sementara di dalam dan luar banggunan kawasan yang terjejas. Celcom sendiri akan mengemaskini status dan lokasi yang terjejas sepanjang tempoh ini melalui laman rasminya.

1 komen

  1. sampai hari ni belum dapat lagi coverage or connection utk 4g kat kawasan rumah sy
    sy nak coverage mcm dulu2.. =(( tapi tak pe laa bukan senang nak upgrade tower, speed n handle customer yg berjuta2 ni…

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here