Tonton Video Di YouTube Tanpa Sambungan Internet…

947
**********

YouTube sering kali menjadi punca kehabisan kuota data Internet pada smartphone terutamanya bagi mereka yang gemar menonton drama. Tetapi dengan fungsi terbaru ini, ia mungkin dapat menyelamatkan anda dari kehabisan kuaota data berkelajuan tinggi. YouTube kini mempunyai fungsi muat turun, agar anda boleh menonton video walaupun tanpa sambungan Internet.

LANGKAH 1

pic 1
Untuk membolehkan pengguna menikmati video tanpa sambungan Internet, anda perlu mengemaskini aplikasi YouTube terlebih dahulu di Google Play.

LANGKAH 2

Screenshot_2016-05-23-13-03-08
Selesai membuat kemas kini, buka video yang hendak dimuat turun di YouTube. Kemudian lihat butang anak panah ke bawah di bahagian bawah video tersebut.

LANGKAH 3

pic 3
Seterusnya, tekan anak panah untuk proses muat turun. Jika video yang ingin dimuat turun mempunyai resolusi berbeza, ia akan memaparkan resolusi yang boleh dimuat turun.

LANGKAH 4

Screenshot_2016-05-23-13-04-44
Tekan OK untuk proses muat turun. Masa yang diambil untuk proses muat turun ini bergantung sama ada anda menggunakan sambungan WiFi mahupun data Internet.

INFO

pic 1_8
Tidak semua video yang terdapat di YouTube boleh dimuat turun. Jadi, jangan terkejut jika butang muat turun tidak aktif.

LANGKAH 5

pic 5.2
Kesemua video dari YouTube yang telah dimuat turun akan disimpan di dalam ruangan Offline YouTube.

PERHATIAN :

Menurut laman YouTube Help, video yang telah dimuat turun perlu ditonton dalam masa 48 jam selepas ianya selesai dimuat turun. Pengguna juga perlu mendaftar masuk akaun YouTube terlebih dahulu sebelum mengaktifkan fungsi ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here