Tawaran Sepanjang Karnival Digi 4G LTE!

700
**********

1.1Digi telah melancarkan Karnival Digi 4G LTE bermula dari 19 Mei sehingga 30 Jun di 150 Digi Stores & Digi Stores Express seluruh negara. Melalui karnival tersebut, Digi membuka peluang kepada anda untuk menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti diskaun smartphone dan juga hadiah-hadiah menarik.

Menurut Loh Keh Jiat, (Digi’s Chief Marketing Officer) karnival tersebut adalah sebagai salah satu tanda terima kasih mereka terhadap pengguna Digi yang setia menyokong mereka.

0408_Edge_Back_pink Gold_meitu_4Anda boleh membawa pulang hadiah istimewa seperti speaker edisi terhad bernilai RM 169 dan Clash Royale key ring bernilai RM 59 apabila anda mendaftar atau menaik taraf pelan Digi Postpaid.

Selain itu, Digi juga menawarkan potongan harga bagi peranti Android dan iPhone melalui pembelian postpaid bundle. Pelanggan yang mendapatkan Samsung Galaxy Note5 bakal membawa pulang barangan premium dari Samsung dan bagi yang membeli Huawei Mate 8 sepanjang tempoh karnival, anda berpeluang memenangi jam Huawei bernilai RM 1,799.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here