Speaker Tahan Lasak UE ROLL Kini Mula Dijual Pada Harga RM399

612

UE Roll_4Ultimate Ears telah meneruskan transformasi terhadap pengalaman berhibur dengan pengumuman speaker mudah alih terbaru keluarannya iaitu UE ROLL. Speaker wayarles berkuasa dengan sambungan Bluetooth ini berupaya menyampaikan bunyi keliling 360° yang sangat lantang dengan output bes yang sangat mantap.

UE ROLL yang direka untuk anda yang gemarkan aktiviti mencabar tetapi dalam masa yang sama inginkan hiburan tanpa henti, sememangnya sangat sesuai melalui rekaannya yang sangat tahan lasak. Selain menerima pengiktirafan IPX7 yang kalis air, UE ROLL juga diperbuat daripada bahan premium bagi mengelakkannya daripada rosak apabila terjatuh.

UE Roll_3Sokongan aplikasi UE ROLL untuk peranti iOS dan Android ini juga membolehkan anda untuk mengawal atau menyambungkannya ke speaker Ultimate Ears yang lain. UE ROLL sudah boleh didapati di pasaran tempatan pada harga RM399.

Laman rasmi: http://www.ultimateears.com/en-us

Muat turun Aplikasi UE ROLL:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here