HP Mengumumkan PC Beg Galas

734
- Iklan -

1.1

HP baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan komputer berprestasi tinggi untuk siri Omen dalam bentuk sebuah beg galas. Ya, kita mungkin melihat PC diusung ke mana-mana pada masa hadapan, ini kerana pihak pengeluar menjangkakan teknologi VR bakal menjadi sesuatu yang sangat besar tidak lama lagi dan PC dalam bentuk beg galas merupakan salah satu solusi untuk menjadikan PC berprestasi tinggi lebih portable.

HP menjanjikan bahawa PC beg galas ini hanya akan mempunyai berat maksimum 10 paun walaupun ia bakal dilengkapi pelbagai perkakasan berprestasi tinggi seperti pemproses Intel Core i5/i7, setinggi RAM 32GB dan kad grafik khas.

1.2Secara idealnya, pemilik peranti VR sepertiĀ HTC Vive ,Oculus Rift dan lain-lain menggunakan peranti VR mereka dengan unit PC ini tanpa perlu tersekat lagi dengan unit desktop yang sangat susah untuk dialihkan lantas menyekat pergerakan ketika menggunakan VR. HP merupakan syarikat ketiga yang mengumumkan PC beg galas selepas MSI dan Zotac.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here