Cara Muat Turun Video Di Facebook Menggunakan Smartphone & PC

1037
**********

Tidak dinafikan video telah menjadi cara yang paling mudah untuk meluahkan rasa pada masa kini. Melalui video juga, kita boleh mempelajari pelbagai perkara baru saban hari seperti root smartphone, masakan, senaman dan juga beberapa lagi. YouTube merupakan satu platform mudah untuk menonton dan memuat turun video. Tetapi bagaimana pula jika ingin memuat turun dari laman sosial Facebook? Kepada yang masih belum mengetahui bagaimana ingin memuat turun video dari Facebook, lihat tutorial yang editor sediakan ini.

Menggunakan PC
Ramai pengguna Facebook yang lebih suka memuat turun video dari Facebook menggunakan PC kerana ia lebih senang. Tanpa perlu menggunakan aplikasi dari pihak ketiga mahupun website khas seperti savefrom.net dan juga keepvid.com, video yang dimuat turun juga akan terus disimpan di folder Facebook. Cara ini tidak memerlukan aplikasi tambahan mahupun website khas untuk memuat turun video dari Facebook. Hanya menggunakan Web Browser seperti Google Chrome ataupun Mozilla Firefox sahaja.

LANGKAH 1

Pic 1
Daftar masuk ke akaun Facebook anda, kemudian pilih video yang ingin dimuat turun.

LANGKAH 2

meitu_0
Klik video yang ingin dimuat turun, dan tunggu sehingga video tersebut muncul.

LANGKAH 3

Pic 3
Salin laman web video yang tertera pada Facebook anda, pergi ke Google Chrome ataupun Mozilla Firefox dan masukkan laman web tadi yang digantikan ‘www‘ dengan huruf ‘m‘, kemudian tekan Enter.

LANGKAH 4

Pic 4
Sebuah halaman baru akan dipaparkan bagi membolehkan anda memuat turun video. Klik kanan dan pilih Save video as untuk memuat turunnya.

LANGKAH 5

meitu_1
Anda boleh memuat turun seberapa banyak video yang diinginkan dalam satu-satu masa. Selesai muat turun video akan disimpan di dalam folder Download.

Menggunakan Smartphone Android
Bagaimana pula jika ingin memuat turun video dari Facebook bagi mereka yang tidak mempunyai PC? Jangan risau, kerana di sini Ering juga akan mengajar anda bagaimana cara untuk memuat turun video di Facebook menggunakan smartphone Android.

LANGKAH 1

Pic 1
Sebelum memulakan proses muat turun video dari laman sosial Facebook, anda perlu memuat turun aplikasi MyVideoDownloader dari Google Play terlebih dahulu.

LANGKAH 2

Pic 2
Buka MyVideoDownloader dan daftar masuk akaun Facebook anda.

LANGKAH 3

Pic 3
Pada bahagian kiri aplikasi ini, pilih News Feed untuk mencari video yang ingin dimuat turun. Anda juga boleh terus mencari video sendiri dengan memilih My videos.

LANGKAH 4

4
Pilih video yang ingin dimuat turun dan tekan pada ikon di bahagian kanan video yang ingin dimuat turun. Kemudian pilih Download untuk memulakan proses muat turun.

LANGKAH 5

5
Anda boleh memuat turun seberapa banyak video yang diinginkan dalam satu-satu masa. Selesai muat turun video akan disimpan di dalam galeri bertajuk Facebook.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here