Viber Menyokong End-To-End Encryption

378
**********

SecurityFeaturesViber, sebuah aplikasi mesej yang popular telah mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini aplikasi tersebut dan melengkapkan dengan ciri keselamatan end-to-end encryption kandungan teks, video dan rakaman suara di dalam aplikasi Viber. Dengan pengumuman tersebut, Viber menjadi platform terbaru yang melengkapkan ciri keselamatan tersebut selepas WhatsApp, Telegram dan iMessage.

2.1Endtoend encryption bermaksud kandungan mesej hanya boleh dibaca oleh anda dan penerima, syarikat telco, pembina aplikasi atau mana-mana individu yang cuba memintas kandungan tersebut tidak akan diberikan akses, dan sekiranya terdapat arahan mahkamah di mana mereka mahukan kandungan mesej tersebut, ia hanya akan diberikan di dalam bentuk inkripsi (kod), menjadikannya hampir mustahil dan memakan masa yang sangat panjang untuk dinyahkod.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here