Streaming Video Tanpa Had Melalui ‘Video-Onz’

33133
- Iklan -
Jasmine Lee (Chief Marketing Officer, U Mobile) & Wong Heang Tuck (Chief Executive Officer, U Mobile) bergambar bersama 11 rakan kongsi 'Video-Onz' yang terdiri daripada YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku, Tudou, Astro on the go, tonton, ErosNow, Herotalkies, ONFM serta Pocketimes.
Jasmine Lee (Chief Marketing Officer, U Mobile) & Wong Heang Tuck (Chief Executive Officer, U Mobile) bergambar bersama 11 rakan kongsi ‘Video-Onz’ yang terdiri daripada YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku, Tudou, Astro on the go, tonton, ErosNow, Herotalkies, ONFM serta Pocketimes.

U Mobile Sdn. Bhd. hari ini hadir dengan satu produk menarik iaitu ‘Video-Onz’, khas untuk pengguna tegar kandungan multimedia dalam talian. Kini, anda boleh streaming tanpa had secara PERCUMA 24 jam sehari. Ia pastinya memberi kelegaan buat pengguna prabayar dan pascabayar dari terus memantau penggunaan data untuk menikmati kandungan multimedia.

Video-Onz boleh dinikmati oleh pelanggan U Mobile untuk menonton 11 daripada rakan penyedia kandungan video yang terdiri daripada YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku, Tudou, Astro on the go, tonton, ErosNow, Herotalkies, ONFM serta Pocketimes tanpa sebarang kos data. Pelbagai pilihan hiburan tersedia untuk anda di dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Korea, Mandarin, Tamil, Hindi dan juga Bengali.

banner_header_postpaidTambah menarik, sempena dengan pelancaran Video-Onz, HyppTV dan Viu menawarkan akses premium secara percuma selama dua bulan kepada pelangan U Mobile. Video-Onz akan ditawarkan kepada pelanggan pelan P70, i90 dan i130. Mereka akan menerima khidmat streaming tanpa had, tanpa menggunakan kuota data mereka.

Untuk pelan pascabayar lain, turut menerima bonus data Video-Ons, sama seperti kuota data bulanan yang telah dilanggan. Pelanggan prabayar juga tidak ketinggalan menerima tempias Video-Onz, di mana akan menerima bonus sekali ganda daripada kuota yang dibeli. Sebagai contoh, pelanggan UMI 30 yang melanggan 1.5GB data, akan menerima 1.5GB data khas untuk Video-Onz. Walau bagaimanapun, Video-Onz menghadkan kelajuan streaming hanya 1.5Mbps.

Jasmine Lee (Chief Marketing Officer, U Mobile) memberi penerangan mengenai pelancaran 'Video-Onz'.
Jasmine Lee (Chief Marketing Officer, U Mobile) memberi penerangan mengenai pelancaran ‘Video-Onz’.
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here