Pelan U Mobile P70 Kini Menawarkan Data Internet 15GB

381
**********

P70Berita baik buat mereka yang sedang menggunakan pelan U Mobile P70 dan juga kepada anda yang mancari-cari servis telco baru. U Mobile sememangnya terkenal dengan pelan Internet yang mesra ekonomi dan tawaran data yang berbaloi. Kini para pengguna P70 dapat menikmati 15GB data Internet berbanding 7GB sebelum ini sehingga 31 Disember 2016.

Pada mulanya tawaran ini hanya dibuka sehingga bulan Jun, namun memandangkan persaingan yang amat sengit ketika ini, langkah memanjangkan tempoh tawaran ini dilihat sesuatu yang positif buat pengguna dan syarikat U Mobile.

Pelanggan pelan P70 bukan sahaja menerima data tambahan tersebut, malah menikmati panggilan tanpa had ke mana-mana talian. Selain itu, cas SMS U Mobile juga antara yang berpatutan, melalui pelan P70, SMS anda akan dicas 3 sen ke talian U Mobile dan 8 sen ke talian lain. Dengan kadar bayaran bulanan RM 70, pelan ini adalah yang paling jimat dan menawarkan lebih banyak data berbanding pelan pesaing.

Layari laman rasmi U Mobile di: http://www.u.com.my/

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here