Digi Miliki Pelanggan Paling Ramai di Malaysia

857
- Iklan -

Digi Accelerate launch bigDigi baru sahaja mengumumkan laporan prestasi suku pertama (Q1) tahun 2016. Dari laporan tersebut, mereka kini memiliki pelanggan talian mudah alih paling ramai di Malaysia iaitu seramai 12.34 juta orang. Jumlah pelanggan ini adalah peningkatan 5.5% berbanding Q1 2015, sebanyak 11.69 juta orang.

Digi Q1 2016 Data PenetrateDari segi pendapatan, Digi melaporkan penurunan keuntungan Q1 2016, hanya RM1.56 bilion berbanding RM1.58 bilion pada waktu yang sama tahun lepas. Keuntungan selepas cukai juga menurun kepada RM399 juta, berbanding RM479 juta. Tetapi nilai ini adalah peningkatan sebanyak 4.5% berbanding suku keempat (Q4) 2015.

^A8430F357DA6527DEFDEDDA94B97A89C7F3D296F6FB227362D^pimgpsh_fullsize_distrUntuk pascabayar, Digi memiliki seramai 1.9 juta pelanggan yang menyumbang kepada pendapatan berjumlah RM464 juta dalam suku pertama tahun ini. Manakala pelanggan prabayar Digi pula seramai 10.4 juta orang, dengan pendapatan berjumlah RM1.09 bilion. Pascabayar menyaksikan prestasi lebih baik dari segi jumlah pendapatan (Q1 2015: RM434 juta, Q1 2016: RM464 juta), tetapi mencatat penurunan sebanyak 5% untuk suku yang sama.

Digi Q1 2016 Smartphones SoldJualan peranti dan smartphone menerusi kontrak juga menyaksikan titik terendah dicapai, dengan hanya penjualan sebanyak 66,000 unit sahaja pada suku tahun ini dan merupakan penjualan smartphone paling rendah sejak tahun 2012. Dari segi penggunaan data, sebanyak 64.2% pelanggan Digi menggunakan Internet mudah alih, dengan kadar penembusan smartphone sebanyak 61.3%.

Digi Q1 2016 CapexDigi juga semakin agresif dalam mengembangkan rangkaian 4G LTE, dan telah meliputi sebanyak 73% kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia. Bagi LTE-A pula, ia telah mencapai 33% liputan dengan fokus utama diberikan kepada kawasan pusat bandar. Pada tahun 2015, Digi telah melabur sebanyak RM904 juta untuk rangkaian mereka, dengan tambahan RM170 juta pada suku pertama 2016.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here