Celcom Lancar Phone Care Untuk Penukaran Atau Penggantian Peranti

995
- Iklan -

-101-246-promopage_banner_PhoneCare.jpg-Dalam usaha untuk menawarkan pengalaman yang terbaik untuk pelanggannya, Celcom Axiata Berhad selaku peneraju rangkaian data di negara ini telah melancarkan secara rasmi perkhidmatan Phone Care. Ia merupakan sebuah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan Celcom untuk menukar dan menggantikan peranti mereka agar sentiasa kekal terhubung dengan yang tersayang. Perkhidmatan Phone Care yang pertama seumpamanya di negara ini menawarkan langganan yang sangat berpatutan iaitu serendah RM4 sebulan atau RM20 untuk tempoh enam bulan.

Lebih menariknya, perkhidmatan Phone Care boleh dinikmati oleh pelanggan pascabayar dan juga prabayar di Blue Cube atau rakan kongsi Celcom Xclusive yang yang terpilih di seluruh negara. Pendaftaran Phone Care ini boleh dibuat melalui pakej atau peranti yang dibeli kurang daripada 30 hari melalui kedai lain. Perkhidmatan ini bukan sahaja pantas serta memudahkan, tetapi ia juga menjimatkan kerana pelanggan hanya perlu membuat satu panggilan untuk membuat permintaan peranti baru. Peranti tersebut akan dihantar terus ke rumah pelanggan dalam tempoh enam jam di sekitar Lembah Klang dan satu atau tiga hari untuk kawasan lain.Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.celcom.com.my

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here