Tiga Portal Gaya Hidup Interaktif Terbaru Celcom Dilancarkan

628
**********
(Dari kiri) Zalman Aefendy Zainal Abidin – Ketua Jualan dan Pemasaran Celcom Axiata Bhd, Masdiana Sulaiman – Ketua Pengurusan Jenama (ADD ON dan OTT) dan juga Datuk Sri Shazalli Ramly – Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd telah melancarkan secara rasmi tiga portal terbarunya iaitu Big Win, emomi365 dan Game Store.

Memahami keperluan penggunaan digital yang sentiasa berubah, Celcom menjadi syarikat telekomunikasi pertama seumpamanya di negara ini yang menawarkan pusat sehenti kandungan digital bagi pelanggan setianya menerusi pelancaran tiga portal baharu. Langkah ini juga telah memperlihatkan penghijrahan Celcom untuk lebih fokus pada rangkaian digital.

Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Celcom Axiata Bhd iaitu Zalman Aefendy Zainal, tiga portal gaya hidup interaktif yang dilancarkan itu dikenali sebagai Big Win, emomi 365 dan juga Game Store akan disepadukan ke platform yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri seperti pendaftaran selamat, transaksi yang dijamin, tawaran terkini dan juga kawalan peribadi sepenuhnya ke atas maklumat peribadi anda. Anda kini sudah boleh mengakses ketiga-tiga portal tersebut melalui www.bigwin.com.my, www.emomi365.com dan juga www.gamestore.com.my

DSC_00241_meitu_11

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here