Servis Streaming Mendahului Jualan Muzik Digital

542
**********

10-Awesome-Free-Music-Streaming-Services

Servis streaming buat pertama kalinya telah berjaya mendahului muat turun digital dalam satu analisis pendapatan yang dilakukan Bloomberg. Pada tahun lalu industri muzik streaming mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak 2.4 bilion USD (RM 9.67 bilion) lantas menjadikannya antara sektor digital yang berkembang pesat.

-1x-1

Pendapatan tersebut dijana melalui yuran penggunaan premium dan juga iklan, walaupun begitu servis Spotify dan Apple Music menerima tentangan yang hebat dari pihak artis yang mendakwa seharusnya pendapatan tersebut dikongsi dengan cara yang lebih adil. Pihak artis dan penggiat seni merasakan usaha mereka dalam menghasilkan seni kreatif tidak dihargai dengan sistem bayaran yang berat sebelah, di mana majoriti keuntungan dipegang pembekal streaming dan syarikat label.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here