Prabayar SpeakOUT Tourist Hadir Bersama Data 100GB?!

554
**********

spea2Sebuah lagi telco rangkaian mudah alih maya (MVNO) kini muncul, di mana ia menawarkan pakej yang berbeza dari mana-mana talian yang ada di Malaysia. SpeakOUT yang diuruskan oleh Pavo Communications, baru sahaja melancarkan semula servis talian prabayar mereka.

Greg Oon (Group Co-CEO & Executive Director speakOUT) membuat pembentangan mengenai penjenamaan semula speakOUT.
Greg Oon (Group Co-CEO & Executive Director speakOUT) membuat pembentangan mengenai penjenamaan semula speakOUT.

Apa yang membezakan speakOUT Tourist dengan telco lain? Pertama, ia adalah prabayar khusus untuk pelancong luar negara yang datang ke Malaysia dan kedua menawarkan pek prabayar yang memberikan data sehingga 100GB. speakOUT menawarkan pek SIM mudah alih asas pada harga RM16 dengan tempoh berbual bernilai RM2 dan data sebanyak 500MB, sah selama 30 hari. Apabila tahap penggunaan mencapai kuota yang telah diperuntukkan, polisi penggunaan adil akan dikenakan. Pengguna juga akan diberi pilihan untuk meneruskan pengalaman Internet berkelajuan tinggi menerusi beberapa pelan “booster”. Selepas menganalisa segmen dan trend pelancong, speakOUT mempunyai satu Pek Pelancong pra-bayar unik yang menawarkan tempoh berbual sebanyak RM5 dan data 100GB selama tujuh hari. Dijual pada harga RM50, pek SIM tersebut sememangnya antara tawaran yang paling berbaloi di rantau ini. Untuk maklumat lanjut mengenai pek SIM yang diperkenalkan, anda boleh melayari laman sesawang http://speakout.asia/.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here