Permainan Tersembunyi Di Dalam Aplikasi Messenger

547
**********

enhanced-mid-27989-1458255029-1

Anda bosan menunggu rakan anda membalas mesej? Sekiranya anda menggunakan aplikasi Messenger anda boleh menghilangkan rasa bosan ketika menunggu respon rakan anda dengan bermain permainan bola keranjang yang dibina secara rahsia oleh Faceboook.

Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu hantar emoji bola keranjang ke rakan anda dan tap bola tersebut untuk mengaktifkan permainan. Anda perlu swipe bola keranjang untuk melakukan jaringan, selepas anda melakukan 10 jaringan berturut-turut, gegelung bola keranjang akan mula bergerak untuk menyukarkan permainan.

Ini bukan kali pertama Facebook mengintegrasikan fungsi tambahan pada platform mesej mereka. Sebelum ini aplikasi Messenger telah menerima tambahan fungsi peta dan virtual assistant. Apa yang lebih menarik adalah permainan bola keranjang ini adalah sebenarnya permainan kedua yang dibina oleh Facebook di dalam Messenger. Permainan pertama adalah catur yang anda boleh main dengan menaip @fbchess play.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here