Perkhidmatan Jalur Lebar Gentian Kediaman MaxisONE Home Kini Dilancarkan

717
- Iklan -
(Dua dari kiri) Tai Kam Leong selaku Ketua Perkhidmatan Bersepadu Maxis, bersama-sama dengan pasukan Maxperts.
(Dua dari kiri) Tai Kam Leong selaku Ketua Perkhidmatan Bersepadu Maxis, bersama-sama dengan pasukan Maxperts.

Maxis baru-baru ini telah melancarkan MaxisONE Home yang baru iaitu perkhidmatan jalur lebar gentian kediaman yang direka untuk menyediakan satu pengalaman jalur lebar gentian kediaman menyeluruh yang lebih baik. Ia adalah perkhidmatan jalur lebar kediaman pertama yang ditawarkan bersama dengan pasukan pakar-pakar Internet, temu janji yang “tepat pada masa, setiap kali” dan janji kepuasan dijamin selama 30 hari. Oleh itu, jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut, anda hanya perlu membatalkan perkhidmatan dalam tempoh masa tersebut tanpa dikenakan sebarang penalti.

Pengalaman premium ini telah diperkenalkan selaras dengan komitmen Maxis untuk bukan sahaja menyediakan pelan gentian yang hebat, tetapi juga perkhidmatan yang lebih baik untuk melengkapkan produk dengan adanya pasukan Maxperts. Pasukan Maxperts adalah seperti pasukan ‘SWAT’ yang mempunyai kepakatan Internet dan merupakan pasukan yang pertama seumpamanya untuk pelanggan bukan korporat di Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan bahawa jalur lebar kediaman anda dipasang dengan betul dan dioptimumkan di seluruh rumah anda.

Eksklusif untuk pelanggan pelan MaxisONE, pakej MaxisONE Home bermula dari RM170 sebulan dan ditawarkan dengan sokongan 24/7 dan kelajuan muat naik dan muat turun yang sama sehingga 100Mbps. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-plan MaxisONE Home yang ditawarkan, layari www.maxis.com.my/home

pic 2

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here