Digi Mencari 8 Bakat Muda Untuk Menjadi Perantis CXO

506

digi1Digi kali ini membuka program pelatih di dalam syarikat dengan cara yang berbeza, di mana melalui program perantis CXO Digi menjemput graduan dan siswazah yang baru menamatkan pengajian universiti untuk menyertai mereka dengan bekerja terus di bawah pengurusan tertinggi Digi. Program perantis CXO Digi mengajak graduan yang celik IT, inovatif dan bersemangat, untuk bertanding merebut salah satu dari 8 tempat khas, menjadi perantis kepada pengurusan tertinggi Digi selama setahun.

Ini adalah satu usaha Digi untuk memacu proses pembelajaran dan mengasah bakat siswazah dengan kemahiran yang relevan untuk transformasi digital di Malaysia. CEO Digi, Albern Murty percaya, mempunyai mentor dan seseorang yang mempunyai kepercayaan terhadap diri, memberi kesan mendalam dalam kerjaya. Sebab itu program ini diwujudkan, melatih bakat muda secara terus dengan berdampingan selama setahun bersama ketua-ketua Digi. Calon yang terpilih akan diberi ruang kebebasan menyuarakan hasrat dan memberi pandangan inovatif, kepada perkembangan produk, servis, pelanggan dan lain-lain di dalam Digi. Jika anda berminat untuk menyertai program CXO Digi ini, sila boleh permohonan melalui laman rasmi Digi www.digi.com.my/cxoapprentice dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2016.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here