Digi Lengkap Pelancaran 4G LTE Di Sarawak Untuk Kempen Twitter

494
**********
(Dari kiri) Kesavan Sivabalan – Ketua Pegawai Rangkaian Digi dan juga Benny Wee – Ketua Digi Wilayah Sarawak, melancarkan liputan 4G LTE di bandar Bau dan Limbang yang tersenarai sebagai 10 teratas dalam kempen #DigiWeWant4G di Twitter.
(Dari kiri) Kesavan Sivabalan – Ketua Pegawai Rangkaian Digi dan juga Benny Wee – Ketua Digi Wilayah Sarawak, melancarkan liputan 4G LTE di bandar Bau dan Limbang yang tersenarai sebagai 10 teratas dalam kempen #DigiWeWant4G di Twitter.

Digi Telecommunications Sdn Bhd baru-baru ini telah melengkapkan senarai bandar-bandar yang menikmati liputan 4G LTE dengan menambah Bau dan Limbang seperti yang telah diundi oleh rakyat Malaysia dalam kempen twitternya #DigiWeWant4G yang inovatif dan menyeronokkan. Pelancaran ini seterusnya mendorong cita-cita Digi yang menawarkan perkhidmatan digital yang lebih baik dan menjadi Rakan kongsi kegemaran pelanggan untuk gaya hidup digital yang moden. Pada November 2015, Digi telah mengumumkan kepada para pelanggannya ‘Anda Tweet, Kami Bina’/‘You Tweet, We Build‘ dan meletakkan kepercayaan kepada mereka dalam membantu perlaksanaan rangkaiannya dengan mencalonkan bandar-bandar mereka untuk menjadi bandar yang mendapat liputan 4G LTE dengan kempen twitter #DigiWeWant4G yang berakhir pada bulan Disember 2015.

Selain menyediakan perkhidmatan 4G LTE dan 4G LTE-A pada rangkaiannya yang stabil dan boleh dipercayai, Digi telah memulakan usaha untuk membawa perkhidmatan Voice-over-LTE (VoLTE) dan Voice-over-WiFi (VoWiFi), dan telefon pintar serasi 4G LTE untuk para pelanggan pada tahun 2016. VoLTE akan meningkatkan pengalaman panggilan dengan audio berkualiti tinggi, sambungan panggilan yang lebih pantas dan penggunaan data secara serentak, manakala VoWiFi akan membantu pelanggan menikmati liputan dalam ruang yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut mengenai #DigiWeWant4G, atau ingin menikmati manfaat penuh 4G LTE di rangkaian 4G LTE terbesar di Malaysia, layari www.digi.my/4GLTE

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here