Celcom Axiata Menjadi Penaja Utama BAM

751
**********
Dari kiri, Lawrence Chew (Pengurus Besar BAM), Zalman Aefendy Zainal Abidin (Ketua Jualan Dan Pemasaran, Celcom Axiata Berhad) Dato’ Sri Shazalli Ramly (Ketua Eksekutif, Celcom Axiata Berhad), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, (Presiden BAM), dan Ng Chin Chai (Setiausaha Kehormat BAM ) merasmikan Celcom Axiata Malaysian Open 2016.

Pembekal rangkaian data terkemuka di Malaysia telah menandatangani sebagai penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menghidupkan semula zaman kegemilangan badminton dan berjanji untuk menawarkan liputan badminton melalui media digital di Malaysia dengan program-program yang konsisten dan penglibatan yang berterusan. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom Axiata berbesar hati untuk berkongsi minat yang sama dengan rakyat negara ini dan terlibat secara langsung di dalam sukan tersebut.

Hasil kerjasama tersebut akan membantu BAM dalam usaha mereka menjalankan pelbagai program umum dan perkembangan sukan badminton. Matlamatnya adalah untuk mengintegrasikan teknologi dan komunikasi di dalam sukan ini bagi mengembangkan lagi pengaruh sukan badminton yang telah banyak mengharumkan nama negara di persada dunia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here