Sony Xperia UK Umum Ketersediaan Kemas Kini Android 6.0 Marshmallow Bermula Mac Ini

569

pic 1Berdasarkan kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Sony Xperia UK, pemilik model Xperia Z4 Tablet, Xperia Z3+ dan juga model terbaru dari siri Xperia Z5 di United Kingdom akan mula menerima kemas kini Android 6.0 Marshmallow bermula 7 Mac ini. Pengumuman itu telah dibuat melalui akaun rasmi Twitter Sony Xperia UK baru-baru ini.

Sebagai rujukan, kemas kini versi terbaru Android ini sebenarnya sudahpun mula diterima oleh pengguna Sony Xperia Z5 di Turki. Jadi berkemungkinan besar Malaysia juga bakal menerima kemas kini Android Marshmallow ini sedikit masa lagi. Jadi sama-samalah kita menantikan ketersediaannya untuk diterima di negara ini melalui kaedah OTA.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here