Set Lengkap Samsung Galaxy S7 Edge Dijual Di Dubizzle Sebelum Pengumuman Rasmi

469
**********

pic 1.1Mungkin Samsung Galaxy S7 Edge baru sahaja diumumkan pada 21 Februari yang lalu, walau bagaimanapun sudah ada individu di Dubizzle (versi Craiglists di Dubai) telah meletakkan iklan Samsung Galaxy S7 Edge untuk dijual. Berdasarkan kepada iklan tersebut, si penjual itu telah meletakkan harga mencecah USD1,225 atau bersamaan dengan RM5,170, yang boleh dianggap agak tinggi untuk dimiliki oleh pembeli biasa. Walau bagaimanapun, jika benar seperti apa yang diiklankan, harga tersebut sememangnya sangat berbaloi kerana iklan itu telah dibuat lebih kurang dua minggu sebelum pengumuman rasmi model tersebut dibuat secara rasmi. Dengan menggunakan tajuk iklan “Get before commercial launch, imported from USA”, ia sudah tentunya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja, tambahan pula ia didatangkan lengkap dengan kod bar, stiker nombor IMEI dan juga pakej pembelian yang lengkap.

pic 1.3Nota : Berdasarkan kepada carian terbaru yang telah dibuat oleh editor sendiri, iklan tersebut sudah tidak lagi dapat ditemui.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here