Selepas iFlix, TM Kini Bekerjasama Dengan Viu

595

1

Peminat rancangan Korea pastinya bersorak kegembiraan apabila membaca berita ini. TM akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat streaming Viu yang membawakan pelbagai pilihan rancangan hiburan Korea melalui platform mereka. Servis Viu sudah mula dilancarkan di beberapa negara asia tenggara dan dengan kerjasama dengan TM pengaruh Viu dijangka akan bertambah kukuh. Model operasi yang memberi fokus kepada rancangan Korea ternyata membuahkan hasil kerana Viu merupakan antara servis streaming terlaris di rantau ini. Ketika ini masih tiada pengumuman rasmi tentang bayaran, namun dijangkakan Viu akan menggunakan model iklan dan bayaran langganan akan diperkenalkan pada jangka masa tertentu.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here