Samsung Mengungguli Jualan Tahun 2015

507

Samsung-Experience-Shops-Best-Buy-001

Jualan global smartphone pada tahun 2015 meningkat sebanyak 14.1% dari tahun sebelumnya dengan angka jualan mencecah 1.4 bilion dalam tahun tersebut. Bagi setiap jualan 5 peranti, satu daripadanya adalah model Samsung, menjadikan jenama dari Korea Selatan tersebut paling laris. Secara total Samsung berjaya menjual 320 juta smartphone berbanding Apple di tempat kedua dengan angka jualan 226 juta. Ranking jualan pada tangga ketiga menjadi milik Huawei (104 juta), diikuti Lenovo/Motorola (72.7 juta) dan Xiaomi (65.6 juta). Antara statistik lain yang menarik sepanjang 2015 adalah jualan smartphone yang luar biasa pada penghujung tahun tersebut. Dalam suku ke empat 2015, sebanyak 400 juta smartphone dijual dalam masa 3 bulan sahaja.

Selain itu penganalisis statistik juga mengeluarkan kenyataan bahawa sistem operasi paling popular adalah Android dengan 80.7 pengguna sepanjang 2015, diikuti iOS 17.7%. Ianya sudah dijangkakan kerana perbezaan polisi kedua-dua sistem operasi tersebut di mana Android lebih terbuka dan tersedia kepada pengeluar peranti. Jualan smartphone Windows dan BlackBerry pula terus menurun dan sekali gus memberi kesan kepada pegangan pasaran global.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here