Samsung Mahu Menjadikan Kereta Anda Pintar

559

obd-ii-port-100645965-large

Tidak lama lagi kereta lama anda boleh menjadi sebuah motokar pintar hasil penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan Samsung. Menurut syarikat teknologi Korea Selatan itu, mereka mempunyai peranti dongle yang dikenali sebagai Samsung Connect Auto, ia membolehkan kereta anda berfungsi seperti kereta pintar dengan menggunakan ekosistem Tizen OS.

Samsung Connect Auto mempunyai modem LTE, WiFi Hotspot dan penerima isyarat GPS. Unit tersebut disambungkan ke kereta melalui OBD port yang terletak di bahagian bawah stering atau dashboard kenderaan. OBD port merupakan hab sambungan yang mampu memberi maklumat kenderaan seperti kondisi enjin, paras semasa petrol dan lain-lain data. Dengan menyambungkan Samsung Connect Auto, anda dapat mengakses data-data tersebut dengan lebih mudah selain menawarkan fungsi tambahan seperti hiburan dan sambungan internet.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here