Samsung Dedah Cipset Exynos 7870 Dengan Sokongan Teknologi Proses 14nm FinFET

473

pic 1Akhirnya Samsung nampaknya telah mengesahkan tentang kehadiran cipset mudah alih terbarunya iaitu Exynos 7870 yang disasarkan untuk smartphone kelas pertengahan keluarannya. Walaupun pihak Samsung telah mengesahkan berita mengenai cipset tersebut, nampaknya tiada banyak maklumat yang telah didedahkan kepada umum, cuma apa yang pasti ia dikatakan menyokong teknologi proses paling maju yang pernah dibangunkan oleh Samsung iaitu 14nm FinFET.

Namun begitu, berdasarkan kepada pendedahan awal yang tersebar sebelum ini, Exynos 7870 dipercayai akan digunakan pada model Samsung Galaxy J7 edisi 2016 yang disahkan melalui keputusan ujian benchmark Geekbench yang telah dijalankan. Jika maklumat yang diterima itu adalah benar, Exynos 7870 berkemungkinan besar akan hadir dengan SoC 1.7 GHz Octa Core Cortex-A53 serta GPU Mali-T830.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here