Pepijat Masa Membekukan Sistem Operasi iOS

519
- Iklan -

utmrhb4tihr12tptkm89

Baru-baru ini telah kecoh di laman web dan forum tentang isu pepijat yang dijumpai di dalam sistem operasi iOS. Beberapa orang pengguna telah termakan muslihat apabila mempercayai iPhone mereka boleh menerima kemaskini antaramuka retro apabila menetapkan tarikh di anatara Januari hingga Mei 1970. Namun apa yang berlaku adalah sebaik sahaja peranti tersebut di restart, ia akan kekal di dalam operasi dikenali sebagai boot loop, dan buat pengetahuan anda pepijat tersebut tidak akan hilang sekiranya anda melakukan proses format pada iPhone anda, jadi jangan sekali-kali mencuba jika anda tidak mahu menanggung kos dan risiko yang besar.

Pepihat-1970-iOS

Namun jika anda sudah pun terkesan dengan pepijat ini, anda boleh menggunakan alatan khas untuk membuka perumah iPhone dan cabut sambungan bateri untuk reset semula Parameter RAM. Selain itu anda juga boleh membawa peranti anda ke pusat servis Apple. Dalam pada masa yang sama, Apple telah mengakui kewujudan pepijat ini dan sedang berusaha menghasilkan kemas kini untuk mengelakkan ia dari berlaku pada masa hadapan.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here