Pasaran Malaysia Catat Jualan 1,000 Unit OPPO F1 Pada Setiap Hari

551
- Iklan -

F1 COLLAGE 1OPPO F1 yang baru sahaja dilancarkan di pasaran tempatan telah memperlihatkan sambutan yang sangat positif apabila sebanyak 1,000 unit model tersebut telah berjaya dijual pada setiap hari. OPPO yang telah mengehadkan penjualan 1,000 unit OPPO F1 secara offline pada setiap hari selama sembilan hari melalui pengedar yang sah di seluruh negara ini membuktikan keberhasilan strategi pemasaran jenama tersebut sebagaimana yang pernah dikecapi melalui siri R7 sebelum ini.

F1 COLLAGE 1Kejayaan rekod jualan model F1 yang menggunakan slogan “Selfie Expert” ini juga sebenarnya telah berjaya dicapai melalui sokongan perlantikan Duta Selfie F1 iaitu Nora Danish dan juga Ayda Jebat, serta tajaan rancangan realiti TV Maharaja Lawak Mega 2016 di Astro. Populariti selebriti dan juga rancangan realiti TV tersebut sedikit sebanyak telah berjaya membantu menarik perhatian pengguna yang gemarkan aktiviti selfie.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here