Mark Zuckerberg : VR Adalah Masa Depan Facebook

463

samsungunpacked_03-100645996-large

Mark Zuckerberg telah menghadiri satu majlis Samsung baru-baru ini, kehadiran CEO Facebook itu ternyata menjadi perhatian dan ucapan yang disampaikannya menjadi bahan bualan yang hangat di dalam dunia teknologi.

samsungunpacked_02-100645995-large

Pada majlis tersebut Mark Zuckerberg bercerita tentang angan-angannya ketika di dalam kelas matematik di mana dia mengimpikan manusia mampu berinteraksi secara imersif dengan dunia teknologi. Beliau juga percaya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba dan mengumumkan bahawa Facebook sangat berdedikasi dan komited di dalam pembangunan teknologi VR dan merancang untuk menjadikan teknologi VR sesuatu yang dapat diakses semua orang. Facebook dan Samsung sudah bekerjasama di dalam pembangunan VR, pada tahun lalu Samsung melancarkan Gear VR yang dibangunkan menerusi Oculus, yang dimiliki Facebook.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here