LG G5 Hadir Dengan Sistem Keselamatan McAfee

421
**********

2.1Intel Security mengumumkan bahawa McAfee Mobile Security akan menjadi sistem keselamatan siap sedia terbina di dalam LG G5, sekali gus memanjangkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak yang sebelum ini melihatkan LG G4 dikawal oleh sistem keselamatan yang sama. Dengan aplikasi siap terbina tersebut pengguna bakal menikmati fungsi antivirus dan anti kecurian selain fungsi keselamatan yang lain. Menurut Intel Security, sepanjang 6 bulan yang lalu sahaja, sudah 6 juta smartphone diserang malware. Data laporan tersebut jelas menunjukkan yang amat penting bagi pihak pengeluar melakukan usaha sama dengan syarikat perisian keselamatan dalam menawarkan sistem sekuriti siap terbina di dalam peranti.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here