Kemunculan HTC Desire 825, 630 dan 530

556

160222lgdesiremwc2016-770x384

HTC dilihat sedikit bersederhana ketika Mobile World Congress 2016 berbanding tahun lepas ketika mereka memperkenalkan One M9 dan Vive VR Headset. Namun dalam kesederhanaan tersebut HTC tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan barisan peranti terbaru untuk tahun 2016 yang diletakkan di bawah siri Desire.

Peranti pertama yang diperkenalkan adalah Desire 825 dengan paparan skrin 5.5 inci 1280 x 720p, dikuasakan 1.63 GHz Qualcomm Snapdragon 400, RAM 2 GB dan ROM 16 GB berserta sokongan slot microSD. HTC juga menyatakan mereka telah menambah baik kemampuan audio pada model terbaru dengan Desire 825 menyokong audio Hi-Res 24 Bit. Bagi keupayaan optikal pula, peranti ini hadir dengan kamera utama 13 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel.

Peranti kedua yang diperkenalkan adalah Desire 630 yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan Desire 825, kecuali saiz skrin dan kapasiti bateri. Desire 630 mempunyai skrin HD 5 inci, sedikit kecil berbanding Desire 825. Model terakhir adalah Desire 530 yang menawarkan spesifikasi terendah.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here