Kemas Kini iOS Untuk Baik Pulih Error 53

541

iphone-6-error-53-e1436840753944

Error 53 telah mencipta rasa tidak puas hati ramai pengguna iPhone, ini kerana sistem operasi iOS akan melumpuhkan iPhone yang menerima baik pulih Touch ID dari pihak luar. Pada mulanya Apple berkeras dengan pendirian tersebut dengan menyatakan ianya dilakukan demi keselamatan data pengguna. Namun ianya telah berubah apabila semakin ramai pengguna telah mula terkesan dengan Error 53 dan terdapat beberapa individu merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Apple.

iphone-error-53

Untuk mengatasi masalah tersebut Apple telah melancarkan kemas kini iOS 9.2.1 yang membolehkan peranti yang menerima paparan Error 53 dipulihkan semula ke kondisi asal. Proses tersebut haruslah dilakukan menggunakan iTunes, namun jika anda membuat baik pulih Touch ID di tempat selain dari pusat servis Apple yang sah, Touch ID anda tetap tidak akan berfungsi. Menurut Apple untuk mengaktifkan semula sistem Touch ID, proses baik pulih haruslah dilakukan melalui pusat servis Apple.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here