Facebook Menimbangkan Paparan Iklan Dalam Aplikasi Messenger

658

fb-messenger-ads

Sekitar suku kedua tahun ini, anda mungkin akan menerima iklan ketika menggunakan aplikasi Messenger. Berita tersebut dibocorkan beberapa sumber yang mendapat akses dokumen pekeliling yang dikeluarkan Facebook kepada beberapa syarikat pengiklanan.

Namun menurut Facebook, pengguna tidak akan merasa terganggu dengan iklan yang dipaparkan. Ini kerana syarikat / perniagaan hanya dibenarkan menghantar iklan kepada pengguna yang pernah menghantar mesej chat kepada mereka. Dalam erti kata lain ia berfungsi seolah-olah langganan email di mana anda mendapat berita terbaru tentang produk dan promosi. Pada ketika ini lebih 800 juta pengguna menggunakan servis Messenger dan dijangka ia akan terus berkembang.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here