- Iklan -

Tahukah anda bahawa kemunculan smartphone sebenarnya bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk berhibur atau bekerja, tetapi ianya juga turut dilengkapi dengan penambahbaikan pada fungsi asas handphone itu sendiri iaitu kejelasan panggilan suara. Fungsi ini berjaya dicapai dengan adanya teknologi yang dipanggil sebagai ‘Noise Cancellation’. Dengan adanya fungsi ini, pengguna boleh mendengar suara si pemanggil dengan lebih jelas kerana bunyi di sekeliling akan ditapis secara digital melalui penggunaan beberapa mikrofon pada smartphone itu.

Namun begitu, mungkin ada antara pembaca di luar sana yang lebih cenderung untuk mematikan fungsi tersebut untuk mengagak di mana si pemanggil berada berdasarkan pada bunyi di sekelilingnya. Sekiranya pembaca tertanya-tanya sama ada fungsi ini boleh dimatikan atau tidak pada iPhone yang dioperasikan dengan iOS 8, jawapannya adalah ‘YA!’, sememangnya fungsi ini boleh diaktifkan atau dimatikan secara manual. Kami akan berkongsi bagaimana caranya untuk anda berbuat demikian…

 

Langkah 1 > Akses aplikasi Settings pada iPhone anda.

Langkah 2 > Kemudian akses menu General.

 

Langkah 3 > Seterusnya tatal paparan skrin ke bawah dan akses menu Accessibility.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 4 > Tatal paparan skrin ke bawah iaitu di bahagian HEARING dan anda boleh melihat menu Phone Noise Cancellation. Anda hanya perlu meleretkan butang tersebut ke kiri untuk mematikan fungsi tersebut, atau leretkan butang tersebut ke kanan untuk mengaktifkannya.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here