Xiaomi Mengumumkan Redmi 3 Yang Dilengkapi Unibody Besi Dan Bateri 4100 mAh

407
**********

Redmi 3-1

Xiaomi telah melancarkan Redmi 3 yang editor rasakan mempunyai reka bentuk yang sangat elegan dan cantik di China baru-baru ini. Model tersebut dibina dengan rangka unibody besi dan mempunyai kemasan corak berlian di belakangnya. Selain mempunyai reka bentuk yang cantik, Redmi 3 juga hadir dengan kapasiti bateri yang besar (4100 mAh) walaupun berat model tersebut hanya mencapai 144 gram. Antara fungsi lain yang menarik pada model ini adalah sokongan dwi SIM yang juga bertindak sebagai slot MicroSD sehingga 128 GB. Terdapat 3 warna yang ditawarkan iaitu emas, perak dan kelabu dan ianya akan mula dijual di pasaran China dengan harga RMB 699 (RM 465.49).

Spesifikasi
Paparan 5 inci 720 piksel HD
Pemproses Octa-core Qualcomm Snapdragon 616
Memori RAM 2GB
ROM 16 GB
Menyokong MicroSD sehingga 128 GB (pada slot kedua SIM)
Kamera Depan : 5 megapiksel
Belakang : 13 megapiksel
Bateri 4100mAh

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here