Studio Khas Untuk Filem VR Dari Samsung Dan Sundance

259
**********

main_bg_left

Perkembangan teknologi VR semakin rancak dengan pembangunan aplikasi dan fungsi baru. Tidak cukup dengan itu, kini terdapat lagi satu berita baik buat mereka yang mengikuti rapat perkembangan teknolgi ini.

Samsung dan Sundance telah mengumumkan akan bekerjasama dalam membangunkan studio khas bagi filem VR, ianya bakal dibina di bandar New York dan setakat ini Samsung masih sangat berahsia dalam berkongsi butiran mengenai studio tersebut. Menurut wakil Samsung, Marc Mathiew (Head Marketing), Samsung sukakan cerita dan studio tersebut dibina atas tujuan menyampaikan cerita kepada orang ramai.

Dijangkakan studio tersebut tidak akan hanya terhad kepada penggambaran 360 darjah, malah ia akan digunakan bagi tujuan yang pelbagai. Penglibatan Sundance juga amat penting kerana badan tersebut sememangnya terkenal dalam industri perfileman serta sanggup memberikan sokongan penuh terhadap apa sahaja pembaharuan dan idea baru dalam industri seni tersebut.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here