Pemandu Teksi Merusuh Menentang Uber Di Perancis

368
**********

French riot police stand next to an overturned car as striking French taxi drivers demonstrate at Porte Maillot to block the traffic on the Paris ring road during a national protest against car-sharing service Uber, in Paris

Pemandu teksi sekitar kota Paris telah melakukan rusuhan yang telah menyebabkan jalan-jalan utama bandar tersebut dan laluan ke dua lapangan terbang utama ditutup. Demonstrasi jalanan yang dilakukan itu bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap servis Uber di Perancis. Pemandu teksi yang menyertai rusuhan tersebut telah bertindak membakar tayar kereta dan menterbalikkan kereta di jalan yang menyebabkan polis bertindak menyekat akses orang ramai ke kawasan tersebut atas tujuan keselamatan.

1435274546446

Persatuan pemandu teksi di negara tersebut meminta kerajaan agar menyekat dan menghentikan servis Uber kerana ia menjejaskan sumber pendapatan mereka, menurut persatuan itu lagi undang-undang yang dirangka pada tahun 2014 bagi memberikan hak sama rata terhadap Uber dan pemandu teksi tidak diimplementasikan dengan sempurna dan mereka meminta undang-undang tersebut dimansuhkan. Sebanyak 20 tangkapan telah dilakukan pihak polis sepanjang rusuhan berlangsung.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here