P8 Lite Percuma Bagi Setiap Pembelian P8, Sekiranya Anda Kembar!

271
**********

weitolove

Huawei merupakan salah satu syarikat yang kerap sahaja melakukan promosi, dan harus diakui bahawa promosi yang dijalankan kadang kala unik dan menarik. Baru-baru ini mereka mengumumkan akan melakukan promosi bersiri.

Dari 25 Januari hingga 31 Januari 2016 anda boleh mendapatkan peranti P8 Lite percuma bagi setiap pembelian P8, dengan syarat anda mempunyai adik beradik kembar. Promosi ini dijalankan di KLCC dan terhad kepada 88 unit sahaja. Promosi kembar ini merupakan yang pertama dalam siri kempen Weitolove dan Huawei mengumumkan akan ada lebih banyak promosi dalam minggu-minggu seterusnya.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here