OPPO F1 Diperkenalkan Untuk Peminat Selfie Di Malaysia

433
**********
01
OPPO F1 kini sudahpun dilancarkan untuk pasaran tempatan

OPPO Electronics baru-baru ini telah melancarkan model terbarunya yang dicipta khusus untuk penggemar Selfie dengan kemunculan OPPO F1 di negara ini. F1 menyokong kamera depan beresolusi 8 Megapiksel dengan platform penggambaran Beautify 3.0 yang menawarkan perisian penggambaran Selfie berkuasa. Sokongan lensa depan yang beresolusi tinggi ini juga turut dibantu oleh Aperture f/2.0  dengan saiz sensor yang lebih besar iaitu mencecah ¼, sekaligus menjanjikan hasil Selfie yang lebih asli dan sempurna. Penampilan kerangka yang menarik serta berkualiti ini juga turut memperlihatkan penggunaan kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dengan Aperture f/2.2 dan juga teknologi auto fokus jenis Phase Detection Auto Focus (PDAF) yang sangat pantas. Tidak cukup dengan itu, ia juga turut menawarkan pelbagai mod kamera seperti HDR, Slow Shutter dan juga format gambar RAW.

Di dalam majlis pelancaran yang diadakan itu juga, OPPO nampaknya telah menamatkan spekulasi berhubung ilustrasi dengan penggunaan hashtag #SelfieExpert yang menerima respons positif dari platform media sosial terutamanya peminat jenama ini. OPPO kini turut mengumumkan kolaborasi dengan selebriti terkenal tanahair iaitu Ayda Jebat sebagai Duta Selfie untuk model F1. OPPO F1 sudahpun boleh dibeli secara eksklusif melalui www.OPPOStore.com.my.

pic ekstra_meitu_1
Selain Ayda Jebat, OPPO Malaysia juga turut mendedahkan ilustrasi terbaru seorang lagi selebriti tempatan yang juga akan dilantik sebagai Duta Selfie untuk model OPPO F1.


BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here