Nama Baru Di Belakang PlayStation

350
**********

sony-ps4

PlayStation merupakan salah satu aset terbesar Sony, untuk pengetahuan anda divisyen permainan itu dikawal dan dijalankan oleh dua entiti di bawah Sony, iaitu Sony Computer Entertainment dan Sony Network Entertainment.

Sony Computer Entertainment bertanggungjawab dalam pengeluaran dan pengurusan perkakasan dan permainan manakala Sony Network Entertainment mengawal dan menyelenggara sistem jaringan PlayStation Network. Setelah lama beroperasi secara berasingan, Sony telah mengumumkan bahawa kedua-dua entiti tersebut akan digabungkan di bawah satu bumbung dengan nama Sony Interactive Entertainment.

Gabungan operasi itu dilihat sebagai langkah terbaik untuk meningkatkan produktiviti dan kesinambungan kerja di mana para pakar di kedua-dua bahagian dapat berkongsi idea dan kemahiran.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here