MSI Vortex dan MSI GT72S Tobii Bakal Memasuki Malaysia Sekitar Suku Tahun Kedua 2016

350
**********

00

Para penggemar pemain video pastinya tersenyum lebar dengan pengumuman yang dibuat MSI baru-baru ini kerana MSI Vortex dan MSI GT72S Tobii yang diperagakan pada CES 2016 bakal memasuki pasaran Malaysia sekitar suku kedua tahun ini. Berita tersebut dianggap satu perkara yang luar biasa kerana pasaran Malaysia bukanlah pasaran yang kerap menerima peranti terbaru dengan pantas, namun berita tersebut pastinya diterima baik komuniti permainan video negara ini.

MSI GT72S
MSI GT72S

MSI GT72 adalah komputer riba permainan yang pertama di dunia hadir dengan teknologi eye tracking yang membolehkan anda bertindak balas dengan elemen virtual menjadikan permainan video anda lebih imersif. MSI Vortex pula merupakan unit gaming kompak yang padat dengan perkakasan berkuasa tinggi seperti kad grafik NVIDIA GeForce GTX 980 SLI dan sistem penyejukan 360 ° Storm Silent untuk memberikan prestasi tanpa kompromi walaupun anda bermain di dalam sesi yang panjang. Buat masa kini masih tiada pengumuman rasmi tentang harga pasaran bagi kedua-dua unit tersebut.

MSI Vortex
MSI Vortex

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here