Bukan 6C tetapi…

359
**********

iphone-lineup

Bagi peminat setia Apple yang gemarkan smartphone bersaiz kompak, pastinya anda tidak sabar-sabar menantikan model smartphone bersaiz 4 inci dari Apple. Di dalam pasaran yang sedang dibanjiri peranti bersaiz phablet, pilihan bagi peminat smartphone kompak semakin sedikit dan kehadiran peranti Apple amat dinanti-nantikan.

Terdapat pelbagai desas-desus yang keluar berkenaan peranti tersebut, apa yang terbaru adalah model tersebut berkemungkinan besar akan dikenali sebagai iPhone 5se. Nama tersebut sedikit janggal memandangkan ianya memecahkan sedikit norma nama peranti Apple yang pada kebiasaannya konsisten, namun menurut beberapa sumber, “e” pada nama terbaru tersebut merujuk kepada “enhanced” yang bermaksud Apple akan memberikan spesifikasi dan prestasi lebih baik dari model sebelumnya. Adakah desas-desus ini benar? Kita menunggu saja ketibaannya di masa hadapan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here