ASUS ZenFone Zoom Dengan Sokongan 3X Optical Zoom Ternipis Di Dunia Mula Dijual Pada Harga RM2,099

408
**********

ASUS Malaysia baru-baru ini telah melancarkan model terbarunya yang sangat dinanti-nantikan iaitu ZenFone Zoom untuk pasaran tempatan pada harga RM2,099. ASUS ZenFone Zoom sememangnya sangat istimewa kerana ia telah berjaya mempertingkatkan keupayaan penggambaran PixelMaster ke tahap baru dengan sokongan fungsi 3X Optical Zoom ternipis di dunia. Ini kerana ia telah dilengkapi dengan lensa Hoya yang menampilkan susunan lensa 10-elemen bagi menghasilkan gambar yang jelas dan sangat dekat sehingga mencecah 12x. Tidak cukup dengan itu, ZenFone Zoom juga turut dilengkapi dengan Dual LED Flash, auto fokus jenis laser dan juga teknologi penstabilan imej OIS yang berupaya memastikan hasil gambar yang tidak kabur dan terang.

gadget
Terdapat dua warna boleh dipilih iaitu Ceramic White dan juga Pure Black.

ASUS ZenFone Zoom yang tampil dengan rekaan yang telah diperbaharui ini juga memperlihatkan penggunaan kerangka unibodi yang diperbuat daripada logam dengan tahap kenipisan mencecah sehingga 5mm. Bahkan panel belakangnya juga kelihatan lebih premium dengan kemasan kulit. Manakala dari segi sokongan spesifikasi pula, ia telah dikuasakan oleh pemproses Quad Core Intel Atom terkini dengan keupayaan 64-bit yang sangat pantas, serta RAM DDR3 berkapasiti 4GB. Di dalam majlis itu, ASUS juga telah mengambil peluang melancarkan beberapa peranti terbarunya seperti ZenBook Pro UX501 (RM 6,499), Zen AiO Pro (RM 4,599 / RM 5,599), ZenFone 2 Deluxe Special Edition (RM 1,799), dan juga ZenWatch 2 (RM 649 / RM 699 / RM899).

pic1
ASUS ZenFone Zoom kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM2,099.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here