Teknologi Bluetooth Bakal Menerima Upgrade Terbesar Pada Tahun 2016

330
**********

Jika anda seorang yang selalu bergantung pada sambungan Bluetooth, pastinya anda sedar akan kekurangan dan kelemahan teknologi ini. Kebannyakan pengguna masa kini menggunakan Bluetooth untuk memainkan media pada peranti wireless, selain kegunaan tradisionalnya untuk menghantar fail. Namun teknologi ini dilihat mempunyai kekurangan yang sangat ketara di dalam arus permodenan teknologi yang semakin rancak. Antara kekurangan sambungan Bluetooth adalah liputan sambungan yang terhad dan juga bandwith yang kecil.

teknologi-bluetooth-upgrade-01

Namun semuanya bakal berubah pada tahun 2016, Bluetooth Special Interest Group (SIG) telah mengumumkan bahawa teknologi Bluetooth akan ditambah baik kelajuannnya menjadi 2 kali ganda lebih pantas dan liputan sambungan 4 kali lebih luas dari standard semasa. SIG menyatakan bahawa penambah baikan ini akan memberi impak yang sangat positif dalam industri kesihatan. Tahukah anda bahawa kebanyakan monitoring devices di pusat perubatan menggunakan teknologi Bluetooth? Teknologi ini digunakan para doktor untuk memantau keadaan pesakit melalui data yang diterima di atas sebab ianya kecil dan jimat tenaga.

teknologi-bluetooth-upgrade-02

teknologi-bluetooth-upgrade-03

teknologi-bluetooth-upgrade-04

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here