Setia Alam Menjadi Lokasi Pertama Menerima Menara Pemancar Digi Melalui Kempen #DigiWeWant4G

452
**********

wewant

Pada bulan November tahun lalu, Digi telah melancarkan kempen di laman Twitter mereka dengan meminta pengguna menghantar cadangan lokasi untuk Digi membina menara pemancar 4G LTE melalui tweet hashtag #DigiWeWant4G. Promosi kempen yang berakhir pada bulan Disember lalu menjanjikan 10 lokasi paling banyak dicadangkan akan menerima menara pemancar 4G LTE.

Photo 2

Menurut  Christian Thrane (Ketua Pemasaran Digi), respon yang mereka terima dari pengguna sangat mengagumkan dan ianya jelas menunjukkan betapa pentingnya langkah memperluaskan liputan rangkaian 4G di Malaysia. Hasil usaha kempen tersebut menyaksikan Setia Alam menjadi lokasi pertama yang menerima menara pemancar dan langkah untuk membina menara di 9 lokasi lain sedang giat dijalankan. Namun ini tidak bermakna kawasan lain yang tidak tersenarai akan terkecuali dari menerima servis 4G LTE, Digi memberitahu bahawa kawasan lain juga akan menerima servis tersebut secara berperingkat mengikut pelan pembangunan servis dan infrastruktur mereka.

10 lokasi paling banyak dicadangkan
1. Setia Alam, Selangor 6. Simpang Renggam, Johor
2. Batu Gajah, Perak 7. Lunas, Kedah
3. Bau, Sarawak 8. Papar, Sabah
4. Jejawi, Perlis 9. Arau, Perlis
5. Limbang, Sarawak 10. Tenom, Sabah

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here