Huawei Memperkenalkan Teknologi Cas Pantas Generasi Baru

324
**********

huawei-quick-charges-01

Tidak dapat disangkal lagi yang kemajuan teknologi smartphone semakin lama semakin pantas dan hampir setiap hari kita disajikan dengan kemunculan peranti baru dan fungsi baru. Namun terdapat satu kekangan yang masih membelengu perkembangan teknologi smartphone. Kekerapan kitaran cas dan tempoh cas yang lama secara tidak langsung membataskan kita untuk menggunakan peranti selama mungkin. Satu kitaran cas lengkap boleh mengambil masa hampir tiga jam, dan dengan kemunculan teknologi cas pantas, masa tersebut dapat dikurang sehingga sejam setengah.

Bertempat di Watt Lab (Nagoya), Huawei mengumumkan penemuan terbaru dalam teknologi cas pantas. Pada demonstrasi itu dua jenis ion-lithium bateri digunakan, bateri pertama berkapasiti 600mAh yang mampu dicas sehingga 65% dalam masa hanya 2 minit. Bateri kedua pula berkapasiti 3000mAh yang mampu dicas sehingga 48% dalam masa 5 minit, bersamaan 10 jam penggunaan panggilan.

Menurut Huawei, penemuan terbaru ini adalah hasil kajian dan penstrukturan molekul dan atom di dalam bateri terbaru ion-lithium mereka. Huawei juga yakin penemuan mereka ini akan merevolusikan teknologi cas pantas yang sekali gus akan memberikan impak positif kepada pengguna.

huawei-quick-charges-02

huawei-quick-charges-03

Link video demonstrasi

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here