Ralph Lauren Bereksperimen Dengan Bilik Persalinan Interaktif

297
**********

1Jenama fesyen Raplh Lauren sememangnya sangat gemar dalam percubaan mengintegrasi teknologi di dalam produk mereka. Pada tahun lalu, jenama tersebut melancarkan smart shirt untuk atlet yang berfungsi memantau prestasi. Dan kini Ralph Lauren menjalin kerjasama dengan Oak Labs dalam membangunkan bilik persalinan interaktif.

Bilik persalinan canggih ini terdapat di butik Polo, New York dan menurut Ralph Lauren teknologi ini membolehkan bilik persalinan mengenal pasti dan mengumpul data pesanan pelanggan sambil memaparkan imej produk. Apabila pelanggan selesai mencuba pakaian dan melakukan pesanan, staff butik akan menghantar bungkusan produk terus ke pelanggan. Bilik persalinan interaktif ini juga menyokong pelbagai bahasa seperti English, Jepun, Mandarin dan Portugis.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here